Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025
Sebelas
anjakan untuk transformasi sistem
1.
MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI
BERTARAF ANTARABANGSA
Ø Menanda aras keupayaan
dalam kemahiran membaca, matematik dan
sains dengan standard antarabangsa
Ø Melancarkan kurikulum baru
sekolah menengah (KSSM) dan semakan
semula kurikulum Sekolah rendah (KSSR) pada 2017
Ø Merombak peperiksaan dan
pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir
aras tinggi pada 2016
Ø Meningkatkan kualiti
prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
Ø Melanjutkan pendidikan
wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada 6+ tahun, disokong dengan
program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan
untuk pekerjaan
Ø Meningkatkan pelaburan bagi
sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus
2.
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS
Ø Memperkenalkan kurikulum
Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan
intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
Ø Memperluas program LINUS
supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Ø Meningkatkan kemahiran
Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa
Inggeris
Ø Menggalakkan setiap murid
mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3.
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
Ø Memperkukuh pendidikan
Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat
persekolahan menjelang 2017
Ø Memperkukuh Pendidikan
Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama utama menjelang 2017
Ø Memperkembangan murid
secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1
Kelab dan 1 Badan Beruniform
Ø Mengukuhkan dan memperluas
RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan
etnik dan sosio ekonomi
4.
TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
Ø Mengetatkan syarat lantikan
guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
Ø Meningkatkan kualiti CPD
mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan
berasaskan sekolah
Ø Memastikan guru member
fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
Ø Melaksanakan laluan kerjaya
guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
Ø Meningkatkan laluan guru
untuk peranan kepimpinan, pakar
pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016
Ø Membudayakan kecemerlangan
berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025
5.
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPATKAN SETIAP
SEKOLAH ANJAKAN
Ø Memperkenalkan kriteria
pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan
penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Ø Melaksanakan pakej kerjaya
baharu bagi pengetua/guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih
fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan
kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid
6.
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN
KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
Ø Mempercepatkan penambahbaikan
prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri
menjelang 2014
Ø Meningkatkan autonomi pengurusan
berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan
pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan
menunjukkan peningkatan prestasi besar
Ø Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas
menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
7.
MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
Ø Mengupaya JPN dan PPD dengan
memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan
akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
Ø Sekurang-kurangnya 2,500
lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong
sekolah menjelang 2014
Ø Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan
bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
Ø Memperkukuh fungsi utama dan
merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
8.
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA
MELUAS
Ø Melengkapi ibu bapa bagi membantu
pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas
talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
Ø Mendapatkan maklum balas daripada
setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
Ø 1,000 biasiswa daripada sektor
swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah
swasta dan antarabangsa
Ø Memperluas model Sekolah Amanah
kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi
sebagai penganjur
9.
MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
Ø Mengaitkan setiap program
kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak
rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah
Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
Ø Memanfaatkan peluang meningkatkan
efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan
kemahiran dan latihan guru
10.
MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG
Ø Menerbitkan laporan tahunan
awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai
2013
Ø Melaksanakan semakan komprehensif
pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal
relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira
perkembangan persekitarannya
11.
MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI
MALAYSIA
Ø Meningkatkan akses internet
dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000
sekolah menjelang 2013
Ø Menambahkan kandungan atas
talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru
terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
Ø Memanfaatkan penggunaan ICT
bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti
dan pembelajaran lebih khusus
No comments:
Post a Comment