DASAR SATU MURID SATU SUKAN
1.0 Latar Belakang
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara
aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan
masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi
iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat
penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi
Sukan Untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpontensi
hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak
sekolah. Oleh sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong
aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas dinamik dan bersatu padu.
2.0 MATLAMAT
Dasar 1M 1S
berhasrat untuk:
·
Membangunkan
modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam
kegiatan sukan sepanjang tahun: dan
·
Memupuk
budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang
mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas.
3.0 KONSEP
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
bermatlamat untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1M 1S
adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
·
Memberi
akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
·
Membangunkan
sukan sekolah kea rah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
·
Memberi
peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF DASAR
Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi
objektif-objektif berikut;
·
Meningkatkan
kecergasan jasmani;
·
Membentuk
sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
·
Memupuk perpaduan di antara kaum;
·
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
·
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
·
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal; dan
·
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
5.0 PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar
1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
·
Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan;
·
Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun
6 di sekolah Rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Skeolah
Menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan
menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah;
·
Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut
kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;
·
Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala
sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
·
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua
murid dalam aktiviti sukan;
·
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan
intelek, rohani, emosi dan jasmani murid;
·
Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan
untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan
·
Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan
dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatan
lagi penyertaan aktif setiap murid.
6.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap
sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan
dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1S adalah berdasarkan
kepada pendekatan berikut:
·
Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil
bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan
sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti
yang melibatkan pergerakan fizikal.
·
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun
berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga
sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi
aktiviti teras sukan di sekolah.
·
Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun
6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan
menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
·
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara
tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan
murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah
Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa
adalah merupakan aktiviti 1M 1S.
CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH
FASA
|
AKTIVITI
|
BULAN
|
|||||||||||
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
MEI
|
JUN
|
JUL
|
OGOS
|
SEPT
|
OKT
|
NOV
|
DIS
|
||
PELAKSANAAN
|
· Pendaftaran Rumah Sukan
|
||||||||||||
· Pendaftaran Murid di bawah Kelab
Sukan
|
|||||||||||||
· Latihan & Pertandingan Rumah
Sukan
|
|||||||||||||
· Aktiviti Kelolaan Kelab Sukan
|
|||||||||||||
· Latihan Merentas Desa
|
|||||||||||||
· Pertandingan Merentas Desa ( Skeolah
Menengah ) & ”School Run” ( Sekolah Rendah )
|
|||||||||||||
· Latihan Balapan & Padang
|
|||||||||||||
· Sukantara
|
|||||||||||||
· Kejohanan Balapan & Padang
|
|||||||||||||
· Pertandingan Peringkat Dalaman
(antara kelab / dorm / kelas )
|
|||||||||||||
· Aktiviti Sukan Lain
|
|||||||||||||
· Majlis Anugerah Sukan Sekolah
|
|||||||||||||
· Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Sukan Sekolah
|
No comments:
Post a Comment