NKRA – KPM
Bidang
keberhasilan utama negara (NKRA) dan petunjuk utama (KPI) diperkenalkan untuk
mewujudkan elemen kebertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota
pentadbiran dan pejawat awam.
Perancangan
Pendidikan RMK-10 akan ditumpukan kepada empat sub NKRA pendidikan iaitu :
1.
Memperluas dan
memantapkan pendidikan prasekolah
2.
Meningkat kadar
literasi dan numerasi (LINUS )
3.
Mewujudkan sekolah
berprestasi tinggi
4.
Mengiktiraf
pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)
SGM menggariskan
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
Rasional
Standard Guru
Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
·
Guru perlu
mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.
·
Agensi dan
institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap
seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan
pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan
dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.
·
KPM sedang
berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat
dijadikan showcase. Justeru, adalah wajar standard bagi institusi latihan
perguruan diwujudkan.
·
Standard Guru
Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian
Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am
pendidikan tinggi.
Tujuan
Standard Guru Malaysia
digubal bagi tujuan yang berikut:
·
Mengenal pasti
tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.
·
Mengenal pasti
tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
Komponen SGM
Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan
penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di
beberapa negara maju. Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang
saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1
No comments:
Post a Comment