1.
|
PANDUAN PENGURUSAN
AKTIVITI KOKURIKULUM
|
||||||||||||
1.1.
|
Mesyuarat Pertama
/ Agung
|
||||||||||||
1.1.1.
|
Mesyuarat
pertama akan diadakan pada minggu pertama selepas cuti pertengahan penggal I.
Dalam mesyuarat ini, perkara-perkara berikut mesti diselesaikan:-
|
||||||||||||
i)
|
Perlantikan
AJK baru,
|
||||||||||||
ii)
|
Rancangan
Tahunan mengikut Penggal dan
|
||||||||||||
iii)
|
Guru Penasihat harus menerangkan garis panduan kepada
AJK
|
||||||||||||
1.1.2.
|
Senarai
AJK ( Nama, Jawatan dan Tingkatan Pelajar ) serta Rancangan Tahunan mesti
ditulis dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum.
|
||||||||||||
1.2.
|
Laporan Mingguan
|
||||||||||||
1.2.1.
|
Laporan
ditulis oleh Setiausaha, disemak dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat dalam
Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum mengikut format seperti berikut:-
|
||||||||||||
i)
|
Tarikh
Kokurikulum Diadakan :
|
||||||||||||
ii)
|
Tempat
Diadakan :
|
||||||||||||
iii)
|
Masa
:
|
Dari
|
hingga
|
||||||||||
iv)
|
Nama
Guru Penasihat :
|
||||||||||||
v)
|
Jumlah
Pelajar Yang Hadir :
|
||||||||||||
vii)
|
Sebutkan
Kegiatan Yang Telah Diadakan :
|
||||||||||||
viii)
|
Tandatangan
Guru Penasihat :
|
||||||||||||
1.2.2.
|
Makluman
tentang tarikh dan masa aktiviti kepada pelajar adalah tanggungjawab Ketua
Guru Penasihat.
|
||||||||||||
1.2.3.
|
Buku laporan kegiatan Kokurikulum perlu dilengkapkan setiap kali aktiviti
selesai dijalankan.
|
||||||||||||
1.2.4.
|
Buku
Laporan Kegiatan Kokurikulum perlu disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum
selepas setiap aktiviti selesai dijalankan.
|
||||||||||||
1.3.
|
Kehadiran Ahli
|
||||||||||||
1.3.1.
|
Kehadiran
ahli perlu dicatat di dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum pada setiap
aktiviti bermula dan disimpan di rak khas di pejabat.
|
||||||||||||
1.3.2.
|
Ahli-ahli
yang kerap tidak hadir tanpa sebab hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin
/ Penolong Kanan Kokurikulum / Penolong Kanan HEM / Pengetua untuk diambil
tindakan wajar.
|
||||||||||||
1.4.
|
Yuran / Rekod
Akaun
|
||||||||||||
1.4.1.
|
Kutipan
yuran untuk kokurikulum tidak dibenarkan tetapi kalau wang diperlukan untuk
sesuatu projek atau lawatan, wang boleh dikutip khas untuk aktiviti tersebut
dengan kebenaran bertulis Pengetua. Surat Kebenaran itu perlu difailkan
|
||||||||||||
1.4.2.
|
Wang
yang telah dikutip mesti disimpan oleh Pengetua
dan bukan oleh Bendahari ( Pelajar )
|
||||||||||||
1.4.3.
|
Wang
yang dikutip untuk sesuatu projek / lawatan mesti dihabiskan untuk projek /
lawatan tersebut dan tidak boleh disimpan untuk tahun depan.
|
||||||||||||
1.4.4.
|
Rekod
akaun perlu dicatat dengan jelas dalam buku laporan jika ada kutipan.
|
||||||
1.5.
|
Pengurusan
Surat-menyurat / Lawatan
|
||||||
1.5.1.
|
Semua
surat-menyurat dengan pihak luar harus melalui Pengetua Sekolah. Guru
Penasihat, Pengerusi dan Setiausaha mesti menandatangani
|
||||||
1.5.2.
|
Ahli-ahli
yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak luar harus
mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan harus ditemani oleg Guru
Penasihat.
|
||||||
1.5.3.
|
Ahli-ahli
yang ingin menyertai rombongan / lawatan di luar sekolah mesti mendapat
kebenaran daripada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang
kebenaran yang boleh didapati di pejabat sekolah dan mesti dilindungi Insurans.
|
||||||
1.5.4.
|
Semua
rombongan / lawatan ke luar negeri mesti memohon kebenaran daripada Jabatan
Pelajaran Wilayah Persekutuan melalui sekolah. Semua borang perlu ditaip.
|
||||||
1.6.
|
Laporan Kejayaan
|
||||||
1.6.1.
|
Guru
Penasihat harus melengkapkan Laporan kejayaan selepas setiap pertandingan
dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum dan Buku Rekod Pencapaian Kokurikulum
di Kaunter Pejabat mengikut contoh seperti yang ditunjukkan di bawah:-
|
||||||
Tarikh
|
Nama
Pertandingan
|
Peringkat
|
Pencapaian
|
Nama
Pelajar ( HURUF BESAR )
|
Tingkatan
|
||
1.6.2.
|
Guru Penasihat harus sediakan Laporan Aktiviti Kokurikulum untuk Majalah Sekolah.
|
||||||
1.6.3.
|
Pada
hujung tahun, Guru Penasihat harus menyerahkan Buku Laporan Kegiatan
Kokurikulum dan fail surat-menyurat masing-masing kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk simpanan.
|
||||||
1.7.
|
Penentuan Gred
Kokurikulum Pelajar
|
||||||
1.7.1.
|
Guru
penasihat perlu menandatangani
Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum pelajar untuk setiap kali perjumpaan.
Pelajar lama yang telah kehilangan buku tersebut perlu dapatkan yang baru
dari Koperasi Sekolah.
|
||||||
1.7.2.
|
Guru
Penasihat perlu menentukan gred
kokurikulum setiap ahli persatuan pada hujung tahun dang red tersebut
perlu diisikan dalam buku Rekod Kehadiran Kokurikulum pelajar. ( Sila rujuk
buku Laporan Kegiatan Kokurikulum untuk mengetahui cara mengira gred
kokurikulum ).
|
||||||
1.7.3.
|
Guru
Tingkatan perlu mengira gred purata kokurikulum untuk setiap pelajar dan
diisikan dalam buku Rekod Kehadiran Kokurikulum pelajar.
|
No comments:
Post a Comment